Terdapat 3019 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh sentimen bahawa penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan boleh mendorong Rizab Persekutuan (Fed) untuk melonggarkan dasar monetarinya.

Belanjawan 2026 Mampu Rapat Jurang Bekalan, Permintaan Rumah -- PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan perumahan, kata Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia Kenneth Soh. 

Industri Insurans, Takaful Catat Peningkatan Kepuasan Pelanggan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 2 Okt  (Bernama) -- Industri insurans dan takaful negara mencatatkan peningkatan dalam tahap kecemerlangan perkhidmatan apabila Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) terkini mencapai 88 mata pada 2024.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, FBM KLCI Meningkat Lebih Satu Peratus

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) --Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi pada Khamis, mendapat rangsangan daripada kenaikan di kaunter sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan perbankan.

Belanjawan 2026 Dijangka Tumpu Pertumbuhan Berpacu Teknologi - Moomoo

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan yang tinggi terhadap pertumbuhan berteraskan teknologi terutama dalam kecerdasan buatan (AI), automasi, platform digital dan penerimagunaan Industri 4.0.

Bursa Malaysia Kekal Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan momentum belian berterusan sepanjang sesi dagangan pagi, didorong oleh kaunter penjagaan kesihatan, produk perindustrian dan pengguna serta perkhidmatan, kata penganalisis.

Kepengerusian ASEAN Oleh Malaysia Pemangkin Untuk Perkongsian Jepun-ASEAN

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 adalah penting dalam mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dan mempercepatkan pelaburan industri hijau dengan Jepun, kata MUFG Bank (Malaysia) Bhd.

Malaysia Catat Jualan Eksport Bernilai RM376.14 Juta Di Ekspo China-ASEAN Ke-22

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 telah merekodkan jumlah jualan RM376.14 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pembaharuan, Inovasi Lonjak Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia - Tengku Zafrul

SINGAPURA, 2 Okt Bernama) -- Keyakinan pelabur jelas kembali terhadap Malaysia, dipacu hasil komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan, bekerjasama, berinovasi dan membina ekonomi yang lebih sofistikated dan inklusif, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Buka Tinggi, Pelabur Tidak Terganggu Dengan Penutupan Kerajaan AS

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street, apabila sebahagian besar pelabur tidak mengendahkan penutupan perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan harapan keadaan itu hanya bersifat sementara, kata penganalisis.

Koridor Singapura–Johor Antara Tiga Hab Kuasa AI Baharu Global Paling Menyerlah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Koridor Singapura-Johor dikenal pasti sebagai antara tiga “Hab Kuasa Kecerdasan Buatan (AI)” global yang pesat membangun, di samping London–Dublin dan Virginia–Pennsylvania, menurut laporan Digital Infrastructure Collective Asia.

Ekonomi Hijau: Amir Hamzah Seru Kerjasama Berterusan Kerajaan-Sektor Swasta

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sektor swasta perlu terus bekerjasama dengan kerajaan untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian, memperluas inovasi dan membina ekonomi hijau yang berdaya saing bagi Malaysia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.