BERITA TERKINI   Malaysia kekal optimis bahawa 2026 akan terus menjana peluang pertumbuhan dalam sektor minyak sawit global - Noraini | Pengeluar minyak sawit, peniaga, penggubal dasar dan pengguna akhir perlu bekerjasama menangani turun naik pasaran, perkembangan kawal selia dan perubahan corak permintaan - Noraini | Penstrukturan semula kepentingan MAHB menjana hasil, pergerakan penumpang naik 11.2 peratus tahun ke tahun kepada 104.4 juta, disokong 15 syarikat penerbangan baharu memulakan perkhidmatan dan operasi ke Malaysia | Portfolio pelaburan Khazanah meningkat kepada RM95 bilion pada akhir 2025 daripada RM81 bilion pada 2018, disokong prestasi kukuh ekuiti domestik dan global - MD | Bagi 2026, Khazanah akan memperkukuh daya tahan portfolio melalui kecairan dan pengurusan risiko berhemat, selain giat mengoptimumkan kepelbagaian - MD | 

Terdapat 11166 berita berdasarkan kata kunci carian " a"

Niaga Hadapan Emas Tutup Dagangan Hari Terakhir 2025 Lebih Rendah Seiring Comex AS

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Capital A Mohon Kelulusan Bursa Lanjutan Masa Muktamadkan Pengagihan Saham

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd memohon kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk melanjutkan tempoh sehingga 19 Jan, 2026 bagi melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan.

Ringgit Ditutup Rendah, Kekal Akhiri 2025 Dengan Prestasi Lebih Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.

BNM lantik Semula Seorang Ahli Luar MPC, Tiga Ahli Majlis Penasihat Syariah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Axis-REIT Peroleh Hartanah Industri Di Johor Pada Harga RM34.6 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh kilang berkembar dua tingkat dengan bangunan pejabat dua tingkat di Johor melalui pertimbangan tunai sebanyak RM34.6 juta.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Pada Hari Dagangan Terakhir 2025

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau.

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2.2 Peratus Pada November -- BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Public Mutual Umum Agihan Lebih RM128 Juta Untuk Sembilan Dana

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM128 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.

Aset Rizab Malaysia Pada US$124.12 Bilion Setakat Akhir November 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini.