8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persetujuan Amerika Syarikat (AS)-China untuk mengurangkan sementara tarif memberi kesan positif kepada pasaran ekuiti tempatan berikutan langkah ini mengurangkan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan global serta mendorong aliran masuk dana asing bersih yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita), menandatangani 11 Surat Niat (LOI) dengan pelbagai industri dan syarikat Iran pada Pameran Export Potential of Iran (Iran Expo 2025) ketujuh yang berlangsung di negara itu baru-baru ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.0 peratus bagi tempoh berbaki tahun ini kerana tahap ini sejajar dengan penilaian semasa pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sebanyak 100 mata asas iaitu daripada dua peratus kepada satu peratus, berkuat kuasa 16 Mei 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan keyakinan terhadap dolar AS kembali pulih, kata seorang ahli ekonomi.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Berikut adalah transkrip temu bual BERNAMA menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 3.7 peratus kepada RM164.3 bilion pada Mac 2025 berbanding 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian baharu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya, kata pakar ekonomi.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Walaupun kadar dasar semalaman (OPR) dijangka oleh banyak pihak untuk kekal pada 3.0 peratus, beberapa pakar ekonomi melihat penurunan sebanyak 25 mata asas (bps) mungkin akan dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai sokongan awal terhadap potensi risiko penurunan tarif Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kadar dasar semalaman (OPR) esok, kata penganalisis.