Terdapat 934 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti "

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.

Kepelbagaian Teras Kelangsungan Perniagaan Malaysia Ketika Cabaran Global - CEO Mida

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kepelbagaian operasi dan pasaran menjadi keperluan penting bagi perniagaan di Malaysia untuk kekal berdaya saing, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalamaan Wall Street.

Unit BSN Umum Agihan Pendapatan RM4.1 Juta Untuk ASBSN

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dan interim sebanyak 1.60 sen seunit berjumlah RM4.1 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional Bhd (ASBSN) berkuat kuasa 30 Nov, 2024.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Utamakan Perkapalan Negara Untuk Dorong Inisiatif Hijau, Sokong Penggunaan Kapal Tempatan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan mesti mengutamakan industri perkapalan domestik dalam usaha memajukan perkapalan hijau dan pada masa sama menetapkan dasar perkapalan negara yang baharu untuk menangani jurang berpanjangan dalam sektor itu, kata persatuan industri perkapalan.

FBM KLCI Diunjur Dalam Julat 1,600-1,610 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihannya pada beberapa minggu akan datang dengan FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 minggu depan, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kaunter Utiliti, Logistik

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.

Untung Bersih Suku Ketiga Public Bank Naik Kepada RM1.91 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2024 meningkat kepada RM1.91 bilion daripada RM1.70 bilion tahun lepas dipacu oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang sihat.

Untung Bersih RHB Bank Melonjak Kepada RM833.19 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd (RHB Bank) melonjak kepada RM833.19 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM649.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).