1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sektor pembinaan telah digesa untuk memberi tumpuan kepada kaedah mampan, reka bentuk cekap tenaga dan penggunaan bahan hijau untuk memastikan industri berkembang maju dari segi ekonomi dan menyumbang secara positif kepada alam sekitar serta masyarakat.
1tahun ago
KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam proses memuktamadkan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sebanyak tiga syarikat berjaya memenuhi semua syarat untuk menyertai bidaan dalam talian pada 16 Jun, 2024 bagi projek rintis pembekalan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan ke Singapura melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah memeterai perjanjian pembiayaan dengan Global Tower Corporation Pty Ltd (GTC) bernilai US$19.97 juta (US$ = RM4.32).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sistem penyimpanan tenaga mampu memainkan peranan penting kepada fasa penting peralihan tenaga hijau Malaysia kerana ia mengupayakan pengurusan tenaga boleh baharu (TBB) yang berkesan serta menyokong pembangunan masa depan yang mampan dan rendah karbon, kata Citaglobal Bhd.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan sebanyak RM20 juta untuk mengusahakan semula ladang getah milik persendirian yang terbiar dan RM60 juta bagi pengeluaran lateks di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah langkah penting ke hadapan untuk menyokong pertumbuhan dan kemampanan industri sarung tangan getah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menyiapkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang disasar diumumkan seawal Suku Pertama 2025.