1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti untuk memastikan tiada keciciran dalam era kemajuan digital yang pesat.
1tahun ago
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi Google khususnya yang berkaitan pusat data dan kecerdasan buatan (AI).
1tahun ago
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Kerajaan Malaysia mengakui bahawa merapatkan jurang digital adalah penting untuk pembangunan yang adil di seluruh lapisan masyarakat dalam keadaan dunia yang semakin dikuasai oleh kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
1tahun ago
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Khamis sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menggunakan penyelesaian digital untuk mengendalikan gangguan pasaran dan mengembangkan capaian mereka, menurut pemerhati pasaran.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.
1tahun ago
Daripada M.Saraswathi
LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Pendekatan strategik Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.
1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
ABU DHABI, 13 Nov (Bernama) -- Pelbagai inisiatif di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI merupakan antara perkara yang bakal diketengahkan dalam siri lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula hari ini.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Faktor ekonomi dan geopolitik memperlahankan pertumbuhan di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terdiri daripada 21 negara anggota, menurut laporan Analisis Trend Serantau APEC.
1tahun ago
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- TM Global, cabang perniagaan borong TM, akan mengembangkan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengehosan data domestik dan antarabangsa.