BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Sabah FC 0-3 Melaka FC | 

Terdapat 1108 berita berdasarkan kata kunci carian "mata wang"

Prestasi Kukuh KDNK 2024 Pacu Ringgit Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Ringgit Menambah Nilai Keseluruhan Sebanyak 2.7 Peratus Berbanding Dolar US Pada 2024 - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Dan ASEAN, Menjelang Pengumuman KDNK Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni, Fatin Umairah Abdul Hamid dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dan mata wang negara ASEAN pada Jumaat, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2024 hari ini, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Selepas Membetulkan Kedudukan Terlebih Jual

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang tempatan itu membetulkan kedudukannya selepas mengalami keadaan terlebih jual.

Perang Tarif AS Peluang Untuk Kerajaan Percepat Reformasi Ekonomi - Rafizi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.

Indeks DXY Suram, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni, Fatin Umairah Abdul Hamid dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika Indeks Dolar AS kekal suram walaupun laporan inflasi negara maju itu meningkat daripada jangkaan awal.

Ahli Parlimen Cadang Tubuh Jawatankuasa Teliti Risiko Forex Kepada GLIC

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ahli parlimen hari ini menyeru kerajaan supaya mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyelaras risiko pertukaran mata wang asing (forex) terhadap operasi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila FED Tidak Tergesa-gesa Turunkan Kadar Faedah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif, Karina Imran & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menunjukkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah, kata penganalisis.

Maybank Tersenarai Antara 500 Jenama Paling Berharga Di Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

 KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut susulan kebimbangan kesan tarif import Amerika Syarikat (AS) terhadap industri keluli dan aluminium menyokong mata wang negara maju itu.

Sentimen Berhati-hati Asak Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran terus ditekan sentimen berhati-hati susulan data inflasi terkini AS dan ketidaktentuan dasarnya.