7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- New Energy Asia Sdn Bhd, usaha sama (JV) yang baru ditubuhkan antara HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd. (HFC) China boleh mempercepat pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan Ibrahim International Business District (IIBD) bakal mentransformasikan pusat bandar Johor Bahru sebagai hab perniagaan bertaraf dunia, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
7bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 12 Jun (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Labuan menerusi kerjasama startegik bagi mengukuhkan sistem logistik, mengembangkan aktiviti pemunggahan kapal-kapal antarabangsa, dan membuka peluang pelaburan dalam rantaian bekalan maritim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalin kerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) bagi merevolusikan penyelenggaraan kenderaan melalui teknologi termaju.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 328 juta e-Invois daripada pembayar cukai sehingga semalam sejak sistem itu dilancarkan pada Ogos 2024.
7bulan ago
Komentar Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia akan menyaksikan versi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah disemak dan diperluas, justeru, jika diperhalusi, perubahan itu dirangka untuk mencapai keseimbangan halus antara kesaksamaan, daya tahan ekonomi dan kestabilan kewangan jangka masa panjang yang mampan bagi negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi memperkasa usahawan Bumiputera dalam sektor penyelenggaraan dan baik pulih motosikal menerusi Program Pembangunan Usahawan Motosikal MARA-PETRONAS (PUMP) MotoExpert.
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yakin semakan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini bakal memberi kesan positif yang ketara terhadap pertumbuhan industri nanas negara.
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Aliran masuk modal asing ke Malaysia yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun baru-baru ini mencerminkan selera pelabur global yang semakin meningkat terhadap aset Malaysia, meskipun suasana pasaran dunia masih dibayangi ketidaktentuan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Syarikat dari Jerman, Mosca GmbH merasmikan kemudahan pembuatan baharu termajunya di Ulu Tiram, Johor, sekali gus menandakan pengembangan ketiga syarikat itu di Malaysia sejak 2009.
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Johor mencatatkan prestasi pelaburan tertinggi di Malaysia bagi tempoh suku pertama 2025 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM30.1 bilion, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai peneraju utama pelaburan negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menunjukkan komitmen kerajaan terhadap cukai yang progresif dan saksama untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sambil melindungi golongan yang paling memerlukannya.