9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Airbnb berharap kerajaan menyokong dan mengesahkan garis panduan penginapan sewa jangka pendek (STRA) negara serta mengiktiraf potensi ekonomi perkongsian dalam sektor hospitaliti menerusi Belanjawan 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur sepanjang tempoh tidak menentu yang ketara dalam pasaran kewangan global pada suku kedua dan ketiga tahun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kalangan penggiat Industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengendali TNG eWallet, TNG Digital Sdn Bhd menggesa kerajaan agar kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital dalam Belanjawan 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Langkah Oracle untuk melabur dalam dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan Malaysia dapat menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi digital negara, sekali gus melonjakkan inovasi teknologi dan daya saing ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Belanjawan 2025 akan menepati laluan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah daripada -4.3 peratus kepada -3.9 peratus.
9bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Cukai dan duti yang lebih rendah ke atas jentera pembinaan, peningkatan akses kepada pembiayaan dan kadar faedah yang munasabah untuk peserta industri dan pembina adalah antara cadangan Belanjawan 2025 yang dikemukakan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berharap kerajaan akan memberikan pengecualian cukai yang lebih baik dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sektor tersebut.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik, menurut Bursa Malaysia Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi antara faktor utama yang menyebabkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.