BERITA TERKINI   Speaker Dewan Rakyat sahkan terima notis peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi berkuat kuasa 18 Mei | Speaker Dewan Rakyat sahkan terima notis peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi | Untung bersih MR DIY Group (M) Bhd naik kepada RM192.02 juta pada suku pertama 2026 daripada RM174.14 juta pada suku pertama 2025 | DBKL perkenal inisiatif pembaharuan lesen perniagaan sehingga tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai ini - Hannah | Pengamal media jalankan tugas secara profesional mesti diberi ruang laksanakan tugas - Majlis Media Malaysia | 

Terdapat 8109 berita berdasarkan kata kunci carian " mas"

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pasaran Menjelang Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

MIDA, Alliance Bank Anjur Bengkel Teroka Amalan Perindustrian Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, Crest Group Sasar Kumpul RM45.75 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Crest Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM45.75 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Pembaharuan Kewangan Islam - Bukan Hanya Sekadar Pematuhan Syariah

LONDON, 18 Sept  (Bernama) -- Kewangan Islam era moden mula bertapak di Malaysia pada 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji), yang merupakan pusat kepada transformasi sistem kewangan berasaskan Syariah di Malaysia.

Belanjawan 2025: BIMB Securities Jangka Defisit Fiskal Malaysia Rendah Pada 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini kerana kebanyakan peniaga memilih untuk kekal di luar pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street kerana kebanyakan peniaga kekal memilih untuk berada di luar pasaran kerana jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana peserta pasaran menggunakan pendekatan tunggu dan lihat menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mengenai penurunan kadar faedah.

Sedekad Di Malaysia, Al'ard Sumbang RM50 Juta Ke Palestin

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jenama produk kesihatan berasaskan minyak zaitun Palestin,  Al'Ard mencipta sejarah dengan menghantar sebanyak RM50 juta ke Palestin ketika tempoh 10 tahun ia beroperasi di Malaysia.

Malaysia-Brazil Bekerjasama Rebut Peluang Pasaran Halal Bernilai US$3 Trilion - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Gamuda Dijangka Serta Konstituen FBM KLCI Gantikan Genting Malaysia - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd dijangka disenaraikan sebagai satu daripada konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikan Genting Malaysia Bhd pada 23 Dis 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.