Terdapat 1716 berita berdasarkan kata kunci carian " saham"

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Dagangan jualan singkat intra hari (IDSS) untuk saham MSM Malaysia Holdings Bhd digantung sepanjang hari susulan harga terakhir sekuriti yang diluluskan turun lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, mencerminkan prestasi lemah semalaman Wall Street. 

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

FBM KLCI Teruskan Penurunan Hari Kelima Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunan pada hari kelima berturut-turut pada Rabu sekali gus memperlihatkan sentimen mengelakkan risiko yang semakin ketara di seluruh pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.

Potensi Penggabungan Affin-AMMB Dijangka Bawa Kesan Dilutif - CIMB

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan potensi penggabungan antara Affin Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd akan melibatkan penerbitan saham baharu yang besar dan berkemungkinan membawa kesan dilutif.

PNB Umum Agihan Pendapatan, Bonus Sebanyak RM14.5 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatatkan rekod agihan pendapatan dan bonus sebanyak RM14.5 bilion kepada pemegang unitnya untuk 18 dana Harga Tetap (FP) serta Harga Berubah (VP) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam dagangan tengah hari ini walaupun prestasi pasaran serantau kebanyakannya tinggi ketika pasaran terus diasak sentimen berhati-hati.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan bercampur-campur walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) mengumumkan bahawa Sarawak Cable Bhd dan Annum Bhd sedang berhadapan dengan nyahsenarai dari bursa saham selepas permohonan masing-masing untuk pelanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi mereka ditolak.

Untung Bersih Suku Pertama MYEG Naik Kepada RM181.64 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- MY E.G. Services Bhd (MYEG) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM181.64 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM155.95 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Construction Naik Kepada RM75.71 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 meningkat kepada RM75.71 juta, naik daripada RM32.40 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan AEON Melonjak 18 Peratus Kepada RM68.1 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Co (M) Bhd untuk suku pertama 2025 melonjak 18 peratus kepada RM68.10 juta berbanding RM57.39 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh perbelanjaan bermusim yang meningkat susulan perayaan-perayaan yang berlaku dalam suku tersebut.