8bulan ago
SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu menerima guna sains dan teknologi serta mencipta inovasi untuk memperkasa wawasan ekonomi digital dan hijau rantau ini secara mampan, bagi membantu mencapai cita-citanya menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
8bulan ago
SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bertegas mengadakan perbincangan dua hala dengan negara anggota ASEAN secara individu mengenai langkah tarif timbal balas baru-baru ini, dan enggan berunding sebagai sebuah blok serantau, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM29.58 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM25.65 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) berharap para pemimpin ASEAN, yang akan bertemu bagi sidang kemuncak di sini akhir bulan ini, akan menyokong 12 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menyifatkan peraturan terkini kerajaan yang mewajibkan sarung tangan getah dihasilkan sepenuhnya di Malaysia untuk tujuan eksport sebagai langkah yang tepat pada masanya dan perlu untuk melindungi integriti industri sarung tangan negara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di pasaran Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas yang dikenakan oleh negara itu ke atas Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi dalam misi ekonomi dan teknikal rasmi ke Kenya dari 6 hingga 8 Mei depan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempertimbangkan pengenalan pakej insentif khas kepada perniagaan yang terjejas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS) selepas meneliti impaknya serta kesan kepada kedudukan fiskal negara.
9bulan ago
KULIM, 5 Mei (Bernama) – Austria Technologie & Systemtechnik AG (AT&S), salah satu pengeluar litar bersepadu (IC) dan papan litar bercetak terkemuka, kini telah bersedia untuk pengeluaran volum tinggi di kompleks kilang baharunya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyokong komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan kepelbagaian eksport bagi menangani kesan ekonomi dari tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk pengeluaran Sijil Asal palsu atau mengelirukan yang bertujuan untuk mengelakkan tarif, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).