Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian " datuk seri johari abdul ghani"

Pekebun Koko Diminta Kekal Hasilkan Tanaman Kerana Potensi Tinggi - Johari

BAGAN DATUK, 24 Okt (Bernama) -- Pekebun koko diminta untuk terus kekal menghasilkan komoditi berkenaan dan tidak beralih kepada tanaman lain berikutan potensinya yang dilihat tinggi dan memberangsangkan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Eksport Oleokimia Sawit Ke China Meningkat 1.4 Kali Ganda Dalam Tempoh Sedekad - Johari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.

KPK-MOF Bincang Tingkatkan Bantuan Geran Tanam Semula Sawit - Johari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk meningkatkan bantuan geran penanaman semula sawit bagi merancakkan semula produktiviti dalam kalangan pekebun kecil.

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

Pembatalan Belian Oleh Kilang Penapis India Dianggap Tindakan Sementara - Johari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya baru-baru ini dianggap satu tindakan sementara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Kerajaan Bantu Pekebun Kecil Penuhi Tarikh Akhir Terkini EUDR - Johari

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) – Kerajaan mengumumkan sokongan kepada pekebun kecil kelapa sawit tempatan untuk membantu mereka memenuhi tarikh akhir Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) baharu, yang dilanjutkan sehingga 30 Dis 2025.

Permohonan BUDI Agri-Komoditi Masih Rendah - Johari

KLUANG, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program BUDI Agri-Komoditi setakat 20 Sept lepas, dengan 10,000 daripadanya merupakan permohonan rayuan.

Industri Kenaf Perlu Lebih Galakan Kerajaan Untuk Terus Membangun - Chan

CYBERJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Industri kenaf memerlukan lebih banyak bantuan daripada kerajaan agar terus membangun dan menggalakkan lebih banyak pekebun kecil menceburi penanamannya untuk menjana nilai berganda kepada ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.