25hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil dalam jangka pendek iaitu sekitar RM4,000 setiap tan, disokong permintaan kukuh di tengah-tengah rancangan Indonesia untuk melaksanakan mandat biodiesel B50, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd meningkat kepada RM513.03 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM415.62 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya selepas dipacu oleh kesan gabungan pertumbuhan hasil yang kukuh dan pengurusan kos yang berdisiplin di sepanjang rantaian nilai.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Lembaga Lembaga Lada Malaysia (MPB) menyasarkan kawasan penanaman baharu lada diperluas sehingga mencecah 300 hektar pada tahun ini yang melibatkan kira-kira 1,200 orang pekebun, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Impak keseluruhan pergerakan nilai ringgit terhadap daya saing perdagangan negara dijangka kekal terkawal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
26hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah & Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai negara yang sebahagian besarnya berorientasi eksport tidak boleh bergantung semata-mata kepada pelarasan tarif untuk meningkatkan daya saing sebaliknya perlu mempelbagaikan asas eksport, kata Ahli Ekonomi Nadia Jalil.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi jangkaan prestasi eksport yang lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan mengukuh dalam jajaran RM4,000 setan hingga RM4,300 setan menjelang Mac 2026 selepas disokong oleh bekalan jangka pendek yang agak terhad selain peningkatan dalam permintaan India dan harga minyak kacang soya Amerika Syarikat.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ringgit berpotensi untuk terus mengukuh sehingga paras 3.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan dasar tarif Presiden Donald Trump, dengan tindakan itu dilihat memberi manfaat kepada pasaran yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.
27hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, didorong oleh prestasi eksport yang lebih lemah apabila ringgit yang lebih kukuh memberi kesan kepada permintaan daripada negara pengimport utama, kata seorang pedagang.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.5 peratus bagi 2026 walaupun Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membatalkan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa (IEEPA).
27hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang dijangka dimuktamadkan menjelang 2026-2027 akan mewujudkan peluang besar kepada syarikat Austria dan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama.
27hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari pertama dagangan minggu ini, meneruskan momentum minggu lepas dalam persekitaran sentimen pelabur bertambah baik susulan pengumuman tarif terbaharu Amerika Syarikat (AS).