25hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street.
26hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan prestasi positif dengan ditutup tinggi untuk sesi keempat berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran tempatan yang lebih baik berikutan asas makroekonomi domestik yang kukuh.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri dagangan sesi pagi, mengatasi pasaran serantau susulan ringgit yang lebih kukuh.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street.
27hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, melepasi paras yang tinggi direkodkan sebelumnya pada 1,642.54 pada 22 Okt 2024 , disokong oleh aktiviti pembelian menyeluruh daripada pelabur institusi tempatan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pengukuhan ringgit yang berterusan, meningkatkan sentimen pelabur.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Halogen Capital Sdn Bhd melengkapkan pusingan pembiayaan RM13.3 juta (US$3.2 juta) dengan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) muncul sebagai pemegang saham institusi terbesar serta memegang 14.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada akhir minggu lepas.
30hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini susulan aktiviti belian pada harga rendah, seiring sentimen positif pelabur di pasaran serantau dan mengukuh pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, yang dicapai kali terakhir pada 2 Okt, 2025.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen semalaman Wall Street yang positif.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.