Terdapat 1049 berita berdasarkan kata kunci carian " fbm klci "

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Indeks Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Meluas Positif Menjelang Pengumuman Fed

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan Rabu meskipun pasaran secara meluas adalah positif, seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau dan isyarat bercampur-campur Wall Street.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Sentimen Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut pada sesi pagi berikutan pelabur mengambil keuntungan menjelang pengumuman keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) lewat hari ini, seiring prestasi serantau yang hambar.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjelang Keputusan Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati, mengambil keuntungan menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan susulan prestasi Wall Street semalaman yang kebanyakannya rendah.

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Rabu.

Bursa Malaysia Pulih Semula Untuk Ditutup Tinggi Menjelang Keputusan Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia yang bergerak dalam aliran rendah sepanjang hari, pulih semula untuk ditutup tinggi, disokong pembelian pada saat akhir ketika para pelabur dalam keadaan berwaspada namun optimis menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) esok.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai. 

Sentimen Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan pagi ini, diasak aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat penutupan lebih positif pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, didorong oleh aktiviti pengambilan untung minggu lepas walaupun Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lalu.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin.

Bursa Malaysia Dijangka Bergantung Kepada Data Minggu Depan, Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data ekonomi minggu depan memandangkan pasaran bersedia menyesuaikan pegangan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember.