2bulan ago
KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Seramai 13,679 jurutera dan tenaga mahir teknikal berjaya dilatih, diperakui kemahiran serta diserap dalam pelbagai segmen industri semikonduktor sejak pelancaran Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) pada Mei 2024, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
3bulan ago
SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) – Cadangan produk asas insurans/takaful perubatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses untuk dimuktamadkan tahun ini, termasuk melibatkan pelaksanaan usaha rintis bermula tahun depan yang menjadi antara strategi menangani inflasi perubatan serta peningkatan premium insurans.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025 kepada RM657.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipacu minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan itu ketika unit negara maju berkenaan sebaliknya terus lemah.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Skop pembiayaan program Menangani Kempen Anti Minyak Sawit (CAPOC) pada 2026 akan diperluas bagi memperkukuh akses pasaran dan meningkatkan eksport ke pasaran antarabangsa yang menjadi keutamaan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jualan sektor pembuatan mencecah RM500.1 bilion pada suku ketiga 2025, menunjukkan pertumbuhan 3.5 peratus (S2 2025: 3.4 peratus), menurut Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia bagi September 2025
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).
3bulan ago
Oleh Thivyamalini Ramalu
CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Pelancaran Malaysia Semiconductor Integrated Circuit (IC) Design Park 2 di Cyberjaya menandakan satu kemajuan besar dalam usaha negara untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri semikonduktor global serta membangunkan generasi baharu jurutera berkemahiran tinggi.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah aliran rendah serantau untuk ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah minat belian berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terplilih yang diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.