4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Nestlé Malaysia dan rakan niaga tempatannya, Malconrep Depot (M) Sdn Bhd, telah bersama-sama melabur sebanyak RM250 juta untuk membina hab logistik bersepadu di Pelabuhan Klang, yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku pertama 2026 (S1 2026).
4bulan ago
PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) terus komited memperkukuh nilai kebersamaan dan saling membantu menerusi program Ta’awun Ramadan yang kembali untuk tahun kedua.
4bulan ago
KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- IKEA iaitu peruncit kelengkapan rumah dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.
4bulan ago
KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- New South Wales (NSW), salah satu negeri maju di Australia dalam sektor tenaga telah menyatakan minat untuk mengukuhkan hubungannya dengan Sarawak dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan kelestarian alam sekitar.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa komited untuk menangani penyeludupan hidupan liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh dan sayap industri hijau UEM Group Bhd, UEM Lestra Bhd (UEM Lestra) bekerjasama dengan ACWA Power dari Arab Saudi untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan bersama-sama membangunkan loji penjanaan tenaga dan air bebas (IWPP) boleh baharu di Malaysia.
4bulan ago
Oleh Rohani Mohd Ibrahim
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan rundingan pusingan pertama untuk menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan diadakan sebelum musim panas atau pada separuh kedua 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan dan mengutamakan trend perkapalan hijau untuk kekal relevan walaupun mempunyai kelebihan strategik di sepanjang Selat Melaka, kata perunding pengurusan global.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa rantau ini memperkukuh perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN berikutan pemecahan ekonomi global yang semakin meningkat.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat menerima dua pengiktirafan antarabangsa yang mengiktiraf komitmen berterusannya dalam menyokong komuniti dan memacu keterangkuman kewangan serta kelestarian alam sekitar melalui aktiviti Jangkauan Komuniti.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.