Terdapat 468 berita berdasarkan kata kunci carian " kepimpinan"

UEM Edgenta Lantik Shaiful Subhan Sebagai Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mengumumkan pelantikan Shaiful Subhan sebagai pengarah urusan (MD) dan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Nov, 2025.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS Perkukuh Hubungan Ekonomi, Pertingkat Akses Pasaran

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat mengesahkan semula hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara dan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi utama Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara serta membuka peluang baharu untuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan inovasi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Kunjungan Trump Bukti Kepentingan Hubungan AS-ASEAN — McFeeters

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ketika ini, dilihat sebagai isyarat kukuh penglibatan semula negara maju itu dengan blok serantau berkenaan.

MIHAS 2025 Lepasi Sasaran, Jana Perdagangan Bernilai RM6.05 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM6.05 bilion, mengatasi RM4.3 bilion tahun lepas dengan peningkatan 40.7 peratus.

Malaysia Mampu Bentuk Dasar AI Serantau, Pembangungan Bakat - Cognizant

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu membentuk dasar dan piawaian kecerdasan buatan (AI) serantau untuk memacu kerjasama rentas sempadan dan pembangunan bakat di Asia Tenggara dengan memanfaatkan jawatan pengerusi ASEAN 2025, kata Cognizant.

Gamuda Perkukuh Kerjasama Industri Menerusi ICW Dan BuildXpo 2025

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd meneruskan sokongannya terhadap acara industri pembinaan terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia iaitu Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2025.

Abdul Rashid Hussain Dilantik Semula Sebagai Pengerusi TH Selama Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.

Keberhasilan Utama Ekonomi Lambang Kepimpinan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia boleh berbangga dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang hampir melabuhkan tirai pada akhir tahun ini berikutan telah mendorong inisiatif bagi memacu integrasi serantau, meningkatkan penglibatan dengan rakan dialog serta memperkukuh tonggak ekonomi rantau ini.

Expert 2025 Lepasi Sasaran RM2 Juta, Perkukuh Transformasi Digital Usahawan

TASEK GELUGOR, 19 Okt (Bernama) -- Ekspo PERDA (EXPERT) 2025 yang diadakan di Midtown Perda Kubang Menerong di sini sejak Khamis lepas berjaya melepasi sasaran RM2 juta nilai jualan dan kontrak selain menarik kehadiran lebih 75,000 pengunjung.

IGEM 2025 Dan KLSS Perkukuh Kedudukan Malaysia Untuk Terajui Agenda Hijau ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh aspirasi dalam iklim kolektif ASEAN dengan meletakkan kelestarian dan tindakan iklim sebagai teras agenda serantaunya sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.

Industri Takaful Terajui Pupuk Literasi Kewangan Dalam Kalangan Belia

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah bersama-sama melancarkan ‘Program Inspirasi Pendidikan Kewangan Belia Negara (Sesi 2025/2026)’ sebagai langkah untuk membentuk generasi bertanggungjawab dan berdaya tahan dari segi kewangan.

Peralihan Tenaga ASEAN Bukan Lagi Sekadar Aspirasi, Jadi Keperluan Kompetitif - UEM Group

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Perjalanan ke arah peralihan tenaga dan tenaga boleh baharu (TBB) di rantau ASEAN bukan lagi sekadar aspirasi, malah satu keperluan yang kompetitif, kata Pengarah Urusan UEM Group Bhd Datuk Amran Hafiz Affifudin.