Terdapat 424 berita berdasarkan kata kunci carian " lonjakan"

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Depan Susulan Bekalan Terhad, Lonjakan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan, disokong keadaan bekalan yang semakin terhad dan kebimbangan terhadap konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti global di tengah-tengah konflik Timur Tengah yang berterusan.

Malaysia Capai Angka Pelaburan Tertinggi RM426.7 Bilion Pada 2025, Melonjak 11 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejumlah RM426.7 bilion bagi pelaburan diluluskan dalam 2025 yang juga pencapaian tertinggi pernah diraih, melonjak sebanyak 11 peratus berbanding RM384.4 bilion pada 2024.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Lonjakan Minyak Mentah Susulan Konflik AS-Iran

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong pengukuhan harga minyak mentah susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang peniaga.

Omoda Jaecoo Malaysia Sasar Pertumbuhan Dua Digit Susulan Pelancaran Jaecoo J5

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Omoda Jaecoo Malaysia menyasarkan pertumbuhan sekurang-kurangnya dua angka pada tahun ini, disokong oleh pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B baharunya, Jaecoo J5, susulan lonjakan jualan yang kukuh sebanyak 153 peratus pada 2025.

Harga Minyak Stabil, Inflasi Malaysia Kekal Sederhana - Apex

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka stabil selepas lonjakan awal didorong oleh faktor geopolitik, mengekalkan kadar inflasi Malaysia pada tahap sederhana pada 1.6 hingga 1.9 peratus dan defisit fiskal tahun 2026 diunjurkan pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Apex Securities Bhd.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Keputusan OPR

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis disebabkan peniaga mengalihkan tumpuan kepada pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) hari ini, walaupun terdapat konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Hasil Bon Global Tinggi Tekan Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah Rabu meskipun prestasi niaga hadapan emas COMEX adalah positif, ketika pasaran memantau rapat konflik di Timur Tengah.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Konflik AS-Iran

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan sentimen pasaran terjejas oleh konflik geopolitik yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata peniaga.

Pengeluaran Minyak Mentah, Kondensat Meningkat 1.1 Peratus Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat negara meningkat 1.1 peratus kepada 183.6 juta tong pada 2025, sekali gus memulihkan penyusutan 3.5 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street Semalaman

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.

Harga Pengangkutan, Makanan Hadapi Tekanan Awal Daripada Konflik Timur Tengah

PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.