BERITA TERKINI   Sesi pemukiman Kementerian Ekonomi akan diadakan pada 23-25 Jan, 2026, bagi menyelaras strategi dan KPI kementerian -- Menteri Ekonomi | Segala perancangan 2026 perlu berpaksikan Rancangan Malaysia Ke-13 sebagai kerangka utama pembangunan ekonomi negara -- Menteri Ekonomi | Penerbangan gantian MH21D dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris pada 5 petang waktu tempatan hari ini (8 Jan) - MAG | Pesawat penerbangan MH21 itu telah selamat mendarat pada 3.35 petang waktu tempatan di Paris - MAG | Malaysia Airlines sahkan penerbangan MH21 dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris (CDG) ke Kuala Lumpur pada 7 Jan, 2026, berpatah balik sejurus berlepas berikutan anomali petunjuk enjin - MAG | 

Terdapat 819 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak sawit"

PM Anwar Akhiri Lawatan Bersejarah Ke Ethiopia, Capai Misi Perkukuh Hubungan Dan Kerjasama

Daripada M. Saraswathi

ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan selama tiga hari ke Ethiopia dengan mencatatkan kejayaan melalui perbincangan yang produktif mengenai potensi bidang kerjasama yang saling memberikan manfaat.

PM Anwar Tekankan Potensi Besar Hubungkan AfCFTA-ASEAN, Buka Ruang Pertumbuhan Baharu

Daripada M. Saraswathi

ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat potensi besar untuk menghubungkan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) dengan pasaran ASEAN, yang dapat membuka ruang pertumbuhan baharu.

Harga MSM Dijangka Naik Kepada RM4,500 Satu Tan Menjelang Musim Perayaan Akan Datang

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mendapat sokongan kukuh pada paras RM4,100 hingga RM4,200 satu tan pada Disember 2025 dan berpotensi meningkat kepada sekitar RM4,500 satu tan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Wasco Greenergy Sasar RM75 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, yang dijadualkan untuk penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia berhasrat mengumpulkan RM75 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Malaysia, Ethiopia Akan Berusaha Manfaatkan Kekuatan Antara Satu Sama Lain - PM Anwar

Daripada Saraswathi Muniappan

ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ethiopia akan berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, hubungan dua hala serta memanfaatkan platform pelbagai hala.

Malaysia, Ethiopia Perlu Permudah Dan Percepat Kerjasama Ekonomi - PM Anwar

Daripada Saraswathi Muniappan

ADDIS ABABA (Ethiopia), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr Abiy Ahmed Ali tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Kacang Soya

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Malaysia Fokus Minyak Sawit Mampan, Hormati Dasar Tanah Indonesia Berkaitan Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia memberi keutamaan kepada peningkatan hasil minyak sawit seiring pengeluaran mampan dan menghormati langkah yang diambil Indonesia berhubung tanah yang dikaitkan dengan perladangan kelapa sawit.

Malaysia Akan Manfaatkan Perjanjian Perdagangan Untuk Perkukuh Pensijilan MSPO

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan perjanjian perdagangan yang baru dimuktamadkan bagi mempromosikan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) memandangkan standard kemampanan yang semakin mempengaruhi akses pasaran global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

ART Dijangka Buka Akses Bebas Tarif Kepada PKS Tempatan Termasuk Pulau Pinang - Chow

GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dijangka membuka peluang akses bebas tarif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal tempatan termasuk Pulau Pinang ke pasaran AS.

Anwar Lakukan Lawatan Bersejarah Ke Ethiopia, Perkukuh Hubungan Dengan Kesatuan Afrika

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia ketika Malaysia berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan benua Afrika melalui ibu pejabat Kesatuan Afrika di ibu kota negara itu, Addis Ababa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini selepas disokong oleh aktiviti pembelian tawar-menawar susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, kata seorang peniaga.