Terdapat 137 berita berdasarkan kata kunci carian " mudah tunai"

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Kukuh Disokong Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

ASEAN Akan Tubuhkan Semula Pengaturan Swap ASEAN Bagi Pertingkat Daya Tahan Kewangan - Kenyataan Bersama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN berhasrat untuk menubuhkan semula Pengaturan Swap ASEAN (ASA) bagi meningkatkan jaringan keselamatan dan daya tahan kewangan di rantau ini, menurut kenyataan bersama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan yang mungkin mendorong pelabur untuk membeli pada harga lebih rendah, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Kukuh

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. 

Pelabur Asing Pilih Aset Malaysia Yang lebih Selamat Ketika Pasaran Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pasaran saham yang tidak menentu, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan perubahan dasar menyebabkan pelabur terkesan, justeru menggalakkan peralihan kepada dana pasaran wang domestik untuk kestabilan.

Southern Score Builders Cadang Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE mencadangkan pemindahan penyenaraian serta keseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Maybank Manfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025, Sasar Peluang Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) akan memanfaatkan sepenuhnya peluang pertumbuhan yang wujud dengan kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, terutamanya dalam bidang kemampanan, kewangan peralihan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ujian Tekanan Kesolvenan Tunjukkan Sistem Perbankan Miliki Daya Tahan Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan kesolvenan dan mudah tunai terus menunjukkan bahawa bank-bank kekal memiliki daya tahan yang tinggi untuk menghadapi kejutan makroekonomi, kewangan dan mudah tunai yang teruk.

Pasaran Domestik Teratur Sediakan Penampan Mencukupi Hadapi Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keadaan pasaran domestik yang teratur akan terus mampan berikutan pasaran kewangan Malaysia yang kukuh, selain mudah tunai dan sistem perbankan yang teguh, sekali gus menyediakan penampan yang mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan global.

Dasar Desentralisasi Rizab Antarabangsa Perluas Kedudukan Luaran Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank negara Malaysia (BNM) berkata dasar desentralisasi rizab antarabangsa BNM sejak dahulu telah menyebabkan pengumpulan aset luaran bukan rizab yang besar dan memperluas kedudukan luaran Malaysia.

Pertumbuhan Deposit Bank Perlahan Kepada Tiga Peratus Pada Separuh Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.