BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI kukuh, terus laksana agenda pembangunan negara - PM Anwar | 

Terdapat 941 berita berdasarkan kata kunci carian " november"

WE2025: Future In Motion Lepasi Sasaran Dengan Potensi Perdagangan, Pelaburan RM109 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Sidang kemuncak kepimpinan dan pemerkasaan ekonomi berfokuskan wanita terulung di Malaysia, WE2025 Future in Motion yang diadakan dari 25 hingga 27 November mencatatkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM109 juta, melepasi sasaran awal RM100 juta.

Jeti Port Dickson Refinery Rosak, Sebahagiannya Runtuh Akibat Ribut Tropika Senyar - PMRMB

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (PMRMB) memaklumkan jeti produknya di Port Dickson Refinery (PDR), yang terletak di luar pesisir Port Dickson, Negeri Sembilan mengalami kerosakan dan sebahagiannya runtuh susulan ribut tropika Senyar pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Indeks Utama Naik 1.09 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.

PMI Pembuatan Malaysia Naik Kepada 50.1 Pada November - S&P Global

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia yang diselaraskan mengikut musim oleh S&P Global meningkat kepada 50.1 pada November daripada 49.5 pada Oktober, menandakan peningkatan kecil pertama kali prestasi sektor itu sejak Mei 2024.

AirAsia Lengkapkan Keperluan Diwajibkan EASA, Kembali Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- AirAsia Aviation Group telah melengkapkan proses penggunaan semula perisian versi terdahulu yang diperlukan ke atas rangkaian pesawat A320 yang sedang beroperasi.

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Terus Kuala Lumpur Ke Brisbane

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd menyambung semula penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) ke Lapangan Terbang Brisbane (BNE) dengan penerbangan sulung MH135 berlepas dari Kuala Lumpur pada 29 November.

Maharani Freeport Dijangka Wujud 45,000 Pekerjaan, Perkukuh Rantaian Bekalan - PM Anwar

MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Pelancaran Maharani Freeport dijangka mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing logistik maritim Malaysia dan ketahanan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan memandangkan data semasa seolah-olah menyokong kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Disember.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Semakin Pulih Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dengan kecenderungan menaik minggu hadapan, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

PKFZ Raih Peningkatan Hasil Keseluruhan Lapan Peratus Setakat Oktober Lepas

KLANG, 28 Nov (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mencatat peningkatan hasil keseluruhan sebanyak lapan peratus setakat Oktober lepas berbanding pada 2024 sekali gus menunjukkan aktiviti perniagaan lebih rancak dan prestasi operasi yang kukuh, kata Pengerusinya Lim Lip Eng.

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Nov  (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh keyakinan berterusan terhadap potensi perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun.