Terdapat 730 berita berdasarkan kata kunci carian " pembiayaan "

EXIM Bank Malaysia, MNS Bekerjasama Pertingkat Pengurusan Risiko Kredit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) dan MNS Credit Management Group Pte Ltd telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam pengurusan risiko kredit dan pemulihan hutang.

Malaysia Terajui Fintech Islam, Sukuk Berorientasi Iklim Menjelang 2040 -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk menjadi penanda aras global bagi kawal selia, inovasi dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Islam serta pusat kecemerlangan teknologi kewangan (fintech) Islam dan sukuk berorientasikan iklim menjelang 2040, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

IILM Terbit Sukuk Bernilai US$1.35 Bilion, Perkenal Tempoh Matang Sembilan Bulan Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa menerbit dan menerbit semula sukuk jangka pendek berjumlah US$1.35 bilion (US$1 = RM4.15) merangkumi lima tempoh matang, penawaran dengan julat kematangan paling luas dalam satu lelongan setakat ini.

Bank Rakyat Terbit Sukuk Wakalah Senior Bernilai RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM600 juta melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.

Untung Bersih Public Bank Suku Ketiga Susut Kepada RM1.84 Bilion

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih Public Bank Bhd merosot kepada RM1.84 bilion pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM1.91 bilion dalam tempoh sama tahun lepas disebabkan oleh kesan pendapatan bukan cukai yang lebih rendah.

Ekonomi Malaysia Kekal Stabil, Berdaya Tahan - Gabenor

GEORGE TOWN, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

U Mobile Peroleh Kemudahan Pembiayaan Bersindiket RM4.3 Bilion Bagi Pelaksanaan 5G

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah memeterai kemudahan pembiayaan bersindiket sebanyak RM4.3 bilion dengan empat bank bagi menyokong pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya selain mempercepat perluasan pengalaman ULTRA5G ditawarkan syarikat itu.

PKS Peroleh Pembiayaan Lebih 1.6 Bilion Daripada Program Usahawan OCBC

KUCHING, 14 Nov (Bernama) -- OCBC Malaysia berkata Program Usahawan Bersiri telah mendapat momentum yang kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas memperoleh lebih RM1.6 bilion pembiayaan diluluskan sejak fasa pertamanya bermula lebih setahun lepas.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi, Disokong Saham Perbankan, Pengguna

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami sesi dagangan yang tidak menentu namun ditutup sedikit tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam, apabila disokong saham perbankan dan pengguna.

Tarif AS Tidak Jejas Kos Input Ladang Sawit Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak memberi kesan kepada kos input ladang sawit di Malaysia.

Semakan Dasar FTFC BNM Jamin Urusan Lebih Adil Bagi Pengguna Kewangan

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Dokumen Dasar bagi Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan (FTFC) yang disemak akan membolehkan penyedia perkhidmatan kewangan (PPK) mengambil tindakan sesuai untuk memahami pengguna rentan dengan lebih baik serta memberikan bantuan diperlukan, kata jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM).

Maybank Sedia Pembiayaan, Pelaburan RM15 Bilion Di JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyediakan lebih RM15 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang merangkumi kira-kira RM10 bilion pembiayaan diluluskan dan sehingga RM5.35 bilion menerusi minat pelaburan melalui surat hasrat (LOI) daripada pelanggan.