Terdapat 148 berita berdasarkan kata kunci carian " reformasi"

ASEAN Lakukan Reformasi Perdagangan, Tingkat Penggunaan Mata Wang Tempatan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- ASEAN telah mengambil langkah mereformasikan kumpulan itu dengan cara bukan sahaja meningkatkan perdagangan dalam kalangan negara anggota tetapi juga menggunakan mata wang tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Akan Tekan Kepentingan Multilateralisme, Orde Dunia Inklusif Pada Sidang Kemuncak BRICS

Oleh Vikneswaran Raman

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.

PM Anwar Pengerusikan Mesyuarat Bersama 40 Pemimpin Industri Perancis, Bincang Kerjasama Strategik Berimpak Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama 40 pemimpin industri dari Perancis yang beroperasi di Malaysia untuk membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi pada peringkat global.

Sesi Meja Bulat Dengan Pihak Berkepentingan: Penggiat Ekonomi Gig Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Sekumpulan penggiat industri ekonomi gig merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan agensinya susulan penganjuran sesi meja bulat dengan pihak berkepentingan industri pada 1 Julai.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Pemimpin Tertinggi Perancis Sempena Lawatan Rasmi

PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

CIMB Komited Lebih RM100 Juta Tingkatkan Kemahiran Tenaga Kerja Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd menyasarkan untuk mempercepat pelaburannya dalam latihan dan pembangunan tenaga kerjanya, dengan komitmen lebih RM100 juta pada 2025 yang menumpukan kepada kemahiran dalam teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), data dan kemampanan.

Malaysia Kekal Komited Terhadap Prinsip Perdagangan Bebas Dan Terbuka - PM Anwar

Daripada D.Arul Rajoo

ROM, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.

Sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Perkukuh Hubungan Dagangan Malaysia-Itali - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali Antonio Tajani hari ini mempengerusikan sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang disertai lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara.

Amir Hamzah Puji Kemajuan Program GEAR-uP

PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpuas hati dengan kemajuan Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui kementeriannya.  

Peluasan SST: Import Epal, Oren Dikecuali Cukai - PM Anwar

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MPBC Himpun Lebih 250 Ahli Perkukuh Hubungan Malaysia - Pakistan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Lebih 250 ahli Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan (MPBC) bersama agensi-agensi kerajaan Malaysia berhimpun bagi merancakkan usaha memperkukuh perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Agenda Pembaharuan Ekonomi MADANI Buahkan Hasil - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Agenda pembaharuan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan kini telah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.