BERITA TERKINI   Beras tempatan kini tersedia di pasar raya seluruh negara – Mohamad Sabu | 

Terdapat 1455 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

Transaksi Hartanah Komersial Malaysia Meningkat, Cerminkan Trend Global - Knight Frank

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia merekodkan peningkatan transaksi hartanah komersial, didorong oleh individu bernilai bersih tinggi (HNWI) dan pelabur institusi yang mahu mencari nilai jangka masa panjang, sekali gus mencerminkan trend global, menurut Knight Frank Malaysia.

Pulau Pinang-Kazakhstan Jalin Kerjasama Dalam Perdagangan, Perniagaan, Pelancongan

GEORGE TOWN, 5 Mac (Bernama) -- Pulau Pinang dan Kazakhstan terus meneroka peluang dan nilai bersama dengan memperluaskan kerjasama dalam perdagangan, perniagaan serta pelancongan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Selepas Empat Hari Catat Penurunan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga murah tertentu dalam pasaran domestik.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Terhadap Kenaikan Tarif AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perang perdagangan.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Ketika Prospek Bekalan Terhad

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun pokok getah luruh, kata peniaga.

Pavilion Malaysia MWC 2025 Di Barcelona Papar Pencapaian Digital Negara

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol, yang mengetengahkan pelbagai pencapaian teknologi Malaysia, dibuka secara rasmi pada hari ini.

Tingkat Kemahiran, Produktiviti Mampu Lonjak Pendapatan - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki penurunan Wall Street semalaman disebabkan kebimbangan perang perdagangan semakin meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) mengesahkan akan mengenakan tarif ke atas Mexico, Kanada dan China.

IMF Jangka Pertumbuhan Malaysia Berkembang Pada 4.7 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

MITI Galak Industri Solar Tempatan Teroka Pasaran Alternatif

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pemain industri solar tempatan digalakkan untuk meneroka pasaran alternatif khususnya dalam ASEAN bagi mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Forum Antarabangsa Astana 2025 Tumpu Dialog Kritikal Mengenai Isu Global Dan Keutamaan

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bagi menggiatkan semula kerjasama global, Kazakhstan akan menganjurkan Forum Antarabangsa Astana 2025 (AIF2025) dari 29 hingga 30 Mei, yang menghimpunkan pemimpin dan pakar bagi menangani cabaran global serta memperkukuh multilateralisme dan diplomasi.

PIFF 2025 Anjuran Pernas Raih Transaksi Jualan RM21.3 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) merekodkan transaksi jualan berjumlah RM21.3 juta pada acara PERNAS International Franchise Festival (PIFF) 2025 yang berlangsung dari 7 hingga 9 Februari lepas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.