Terdapat 141 berita berdasarkan kata kunci carian " suku pertama 2025"

NIMP 2030, NAP 2020 Pacu Industri Auto Malaysia Muncul Kedua Terbesar Di Asia Tenggara

SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia.

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus, Pertumbuhan Global Berterusan

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

IPP Malaysia Berkembang 3.2 Peratus Pada Mac 2025

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Naik 0.6 Peratus Pada Suku Pertama 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 0.6 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 0.5 peratus pada suku keempat 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM29.58 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM25.65 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bahagian Pasaran Sektor Sarung Tangan Getah Di AS Dijangka Naik 55 Peratus - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di pasaran Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas yang dikenakan oleh negara itu ke atas Malaysia.

Kerajaan Pertimbang Pakej Khas Kepada Perniagaan Terjejas Selepas Rundingan Timbal Balas

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempertimbangkan pengenalan pakej insentif khas kepada perniagaan yang terjejas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS) selepas meneliti impaknya serta kesan kepada kedudukan fiskal negara.

Malaysia Akan Terus Fokus Kepada Pasaran Baharu, Teroka Pasaran Bukan Tradisional - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran baharu di samping meneroka pasaran bukan tradisional bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Untung Bersih MR D.I.Y. Naik Kepada RM174.15 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih MR D.I.Y. Group (M) Bhd meningkat kepada RM174.15 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 daripada RM144.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

BNM Dijangka Turunkan OPR 25 Mata Asas Pada 9 Julai - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus pada 9 Julai 2025, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Mei.

MARC Jangka KDNK Suku Pertama Malaysia Tumbuh 4.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (1Q2025), berbanding 5.0 peratus pada suku sebelumnya, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).

Capital A Sasar Selesaikan Pelan Penyusunan Semula Menjelang Jun - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025 berikutan kemajuan yang dicapai dalam kawal selia, kewangan dan operasi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.