15hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan, susulan permintaan kukuh institusi.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi lebih rendah pada akhir urus niaga hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama ketika pelabur dan peniaga kekal berhati-hati menjelang unjuran kadar faedah negara maju itu bagi 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) industri automotif dijangka susut 2.0 peratus tahun ke tahun kepada 774,000 unit pada 2026 daripada 790,000 unit pada 2025, terjejas oleh beberapa cabaran.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Sektor e-dagang Malaysia kekal berdaya tahan walaupun tingkah laku pengguna mengalami perubahan dan ketidaktentuan ekonomi global, dengan fasa pertumbuhan seterusnya dijangka menumpukan kepada pelaksanaan berbanding pengembangan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang konsisten, mampu milik dan boleh dipercayai.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.
18hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi.
18hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, berlegar antara 4.03 dan 4.05 berbanding dolar AS di tengah-tengah minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat meskipun prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki keuntungan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah stabil, bagaimanapun ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS telah menjejaskan sentimen.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd membuat penyelarasan tarif purata asas pada RM1.880 bagi setiap gigajoule (GJ) sehari bagi pengguna sistem pengagihan gas asli yang dikendalikan oleh anak syarikatnya, Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia merosot 0.1 peratus kepada 154.0 mata pada November 2025 berbanding 154.2 mata pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).