Terdapat 529 berita berdasarkan kata kunci carian "fiskal"

LPPSA Peroleh Pembiayaan RM1 Bilion Daripada HSBC Amanah Bagi Perumahan Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah memperoleh pembiayaan berjumlah RM1 bilion daripada HSBC Amanah Malaysia Bhd bagi menawarkan pembiayaan perumahan khusus untuk penjawat awam.

BUDI95: Pengumuman Kuota Tambahan Pemandu E-hailing Dalam Masa Terdekat

PETALING JAYA, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar kuota tambahan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada pemandu e-hailing sepenuh masa dalam tempoh terdekat, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. 

APEC Semak Semula Prospek Pertumbuhan 2025 Kepada 3.1 Peratus Meskipun Cabaran Global

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) telah disemak semula kepada 3.1 peratus tahun ini, tinggi sedikit daripada unjuran awal pada tiga peratus, disokong aktiviti rancak perdagangan dan permintaan kukuh barangan berteknologi tinggi.

Peruntukan DE Asas RM20 Bilion Bagi Enam Negeri Kurang Membangun -- Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas RM20 bilion pada 2026 untuk enam negeri kurang membangun iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding RM19 bilion pada 2025. 

Khazanah Labur Lebih RM6 Bilion Majukan Medini Iskandar, Desaru Coast - MOF

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah melabur lebih RM6 bilion untuk memajukan pembangunan Medini Iskandar dan Desaru Coast di Johor setakat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF). 

Pelabur Asing Teruskan Jualan Bersih Dengan Aliran Keluar US$1.74 Bilion Dari Pasaran Asia

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas, dengan aliran keluar bersih asing sebanyak US$1.74 bilion.

Harga Minyak Mentah Melonjak Lebih 5.0 Peratus Susulan Pengumuman Sekatan AS

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah melonjak lebih lima peratus pada  Khamis susulan pengumuman sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat minyak Rusia.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Tadbir Urus Kukuh, Disiplin Fiskal Kunci Kekalkan Transformasi Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Tadbir urus yang kukuh, disiplin fiskal dan pendidikan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam transformasi ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan dan mengurangkan ketidaksamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dasar Fiskal Kerajaan Untuk Imbangi Pertumbuhan Ekonomi Dan Keperluan Rakyat - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Dasar fiskal kerajaan kekal komited untuk menyokong objektif pembangunan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

BUDI95: 300 Liter Cukup Bagi Kegunaan Biasa , Kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Berdasarkan data kerajaan, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter yang disediakan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan di tengah-tengah sentimen bercampur-campur dengan faktor domestik yang kukuh terus menyokong unit tempatan manakala perdagangan global yang tidak menentu menjejaskan sentimen pasaran.