Terdapat 170 berita berdasarkan kata kunci carian "kepengerusian asean"

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Komited Pacu Pelaksanaan DEFA - Gobind

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, komited untuk memastikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. 

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 18.7 Peratus Pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

ASEAN Akan Lebih Efisien Untuk Beri Lebih Banyak Ruang Bagi Rundingan Tarif - Sri Mulyani

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Negara anggota ASEAN memberi tumpuan untuk menghapuskan gangguan agar menjadi lebih cekap untuk membuka ruang bagi rundingan dengan Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap halangan tarif dan bukan tarif.

Pelan Tindakan AIF 2025-2028 Lonjak Peranan Global Dipegang ASEAN - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) (2025-2028) akan memperkukuh peranan ASEAN sebagai piawaian global dalam tadbir urus dan pembangunan mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kerajaan MADANI Sedang Laksana Langkah Kukuh Atasi Kesan Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Syarikat Jepun Berminat Dalam Projek Dekarbonisasi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Syarikat Jepun berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mampan lanjutan dalam inisiatif penyahkarbonan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.

Maybank Manfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025, Sasar Peluang Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) akan memanfaatkan sepenuhnya peluang pertumbuhan yang wujud dengan kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, terutamanya dalam bidang kemampanan, kewangan peralihan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pembiayaan Islam Naik Kepada RM1.13 Bilion, Pertumbuhan Takaful Sederhana - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.

Kepengerusian SC Bagi Forum ACMF Tumpu Usaha Perkasa Daya Tahan Pasaran Modal ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) yang dipengerusikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada tahun ini akan membuka peluang untuk memperkukuh kerjasama serantau dan membina pasaran modal ASEAN yang lebih terhubung serta berdaya tahan.

Malaysia Perkukuh Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersama Negara ASEAN - Liew

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia berusaha untuk mengukuhkan lagi rantaian bekalan dalam sektor semikonduktor dengan negara-negara anggota ASEAN sejajar dengan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

ASEAN-BAC Cadang Perdagangan, Pelaburan Intra-ASEAN Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa rantau ini memperkukuh perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN berikutan pemecahan ekonomi global yang semakin meningkat.

Rundingan DEFA Dimuktamadkan Akhir Tahun Ini - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.