9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dijangka sederhana kepada 4.2 peratus daripada anggaran sebanyak 4.8 peratus pada 2025, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang Malaysia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Selasa.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS), Indeks Dolar AS merosot 0.33 peratus kepada 98.271 mata dalam persekitaran volum dagangan rendah berikutan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
9hari ago
ISKANDAR PUTERI, 22 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), usaha sama di antara MMC Group dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori di pelabuhan itu bermula tahun depan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
9hari ago
KUALA LUMPUR, Dec 22 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Evergreen Max Cash Capital Bhd (EMCC) memperoleh kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi empat lesen pajak gadai baharu meliputi dua cawangan di Pahang serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.