BERITA TERKINI   SARA Bulanan 2026 libatkan 8.1 juta penerima, meningkat berbanding 5.4 juta penerima pada 2025 - Kementerian Kewangan | SARA Bulanan disalur bermula 9 Jan untuk lima juta penerima - MOF | Cukai perkhidmatan ke atas sewaan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus - PM Anwar | Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois tanpa penalti selama setahun bagi syarikat dengan nilai jualan RM1 juta hingga RM5 juta - PM Anwar | Perusahaan mikro, kecil dan sederhana bakal diberi pengecualian cukai bagi nilai jualan sehingga RM1.5 juta - PM Anwar | 

Terdapat 229 berita berdasarkan kata kunci carian "menteri kewangan ii"

Belanjawan 2026 Dukung Matlamat RMK13, Tumpu Tiga Teras Utama - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.

Tiada Rancangan Segera Untuk IPO TNG Digital - CIMB

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd tidak mempunyai rancangan segera dalam mengusahakan tawaran awam permulaan (IPO) untuk TNG Digital Sdn Bhd.

Sektor Kewangan Perlu Terus Kekal Sebagai Asas Transformasi Malaysia - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Sektor kewangan perlu terus kekal sebagai asas transformasi Malaysia apabila negara memasuki lembaran agenda pembangunan seterusnya berlandaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Lebih 90 Peratus Polisi Dilaraskan Alami Pelarasan Premium Kurang 10 Peratus - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lebih 90 peratus daripada polisi dilaraskan mengalami pelarasan premium yang kurang daripada 10 peratus dan lebih 200,000 polisi mendapat manfaat penangguhan pelarasan premium dan lebih 14,000 polisi telah diaktifkan semula setakat 30 April, 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Kemudahan BNPL Terkawal, Langkah Kawal Selia Dipertingkat Bagi Lindungi Pengguna

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Penggunaan kemudahan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) masih terkawal, namun langkah pengawalseliaan sedang dipertingkatkan menerusi Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 untuk melindungi pengguna.

RMK13 Pacu Ekonomi Bernilai Tinggi, Kekalkan Lebihan Dagangan -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan lebihan dagangan negara dapat dikekalkan menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menumpukan pembangunan industri bernilai tinggi serta peningkatan kompleksiti ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RMK13 Pemangkin Negara Capai Aspirasi Ekonomi MADANI - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini merupakan pemangkin untuk negara mencapai aspirasi Ekonomi MADANI.

Jangan Terpedaya Penipuan Pendaftaran Penghargaan SARA - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Amir Hamzah Beri Kerjasama Baik Dalam Prosiding PAC Isu Penswastaan MAHB

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), hari ini.

Kementerian Ekonomi Akan Pastikan RMK-13 Selari Dengan Kerangka Ekonomi MADANI - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini adalah selari dengan hala tuju kerajaan dan Kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Peluasan Skop SST Dapat Kawal Impak Berganda Harga Barangan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dapat mengawal impak berganda terhadap semua barangan berikutan pelaksanaannya secara bersasar dan tidak menyeluruh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Tarif: Respons Positif Dari AS Terhadap Pendekatan Malaysia - Amir Hamzah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) telah memberi respons secara positif terhadap pendekatan dan libat urus Malaysia dalam isu dan cadangan tarif, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.