Terdapat 1106 berita berdasarkan kata kunci carian "sfo"

Masa Sesuai Untuk Penggunaan Teknologi Baharu Ketika Ringgit Mengukuh - FMM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Peningkatan nilai ringgit kira-kira 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2025 telah menurunkan kos teknologi dan peralatan yang diimport, menjadikannya masa sesuai untuk menerima pakai perisian dan jentera baharu, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jacob Lee Chor Kok.

Kerajaan, Industri Perlu Berani Beri Kontrak AI Kepada Syarikat PKS

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan negeri, pemain industri serta pihak berkuasa tempatan perlu lebih berani menganugerahkan kontrak berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada syarikat tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagi mempercepat pengunaan teknologi itu secara menyeluruh dalam ekonomi negara.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini sekali gus mengakhiri rentetan peningkatan selama tiga hari.

Sarawak Perkukuh Penglibatan Global, Tingkatkan Usaha Inovasi Mampan Di MWC Barcelona 2026

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sarawak sedang memperkukuh penglibatan di peringkat global menerusi Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2026 untuk meletakkan negeri itu sebagai ekonomi berpandangan jauh dan bersedia menerima pelaburan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk perindustrian, utiliti dan sektor kewangan.

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM209.26 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM209.26 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding kerugian bersih RM202.67 juta pada tahun kewangan 2024.

Battersea Power Station Lantik Studio Egret West Untuk Fasa Akhir Pelan Induknya

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Stesen Janakuasa Battersea telah melantik perancang dan pereka bentuk bandar strategik, Studio Egret West bagi mengembangkan pelan induk Rafael Viñoly yang asal untuk baki 6.47 hektar (16 ekar) kawasan kejiranan di tepi sungai yang berkeluasan 16.99 hektar (42 ekar).

Untung Bersih Kossan Rubber Industries Naik Ke RM151.31 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Untung bersih Kossan Rubber Industries Bhd melonjak kepada RM151.31 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM118.34 juta pada tahu sebelumnya.

AirBorneo, IBM Malaysia Jalin Kerjasama Dalam Operasi Berkuasa AI, Perkukuh Kecekapan

KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh milik kerajaan negeri Sarawak yang baharu, AirBorneo, menjalin kerjasama dengan IBM Malaysia Sdn Bhd untuk membangunkan penyelesaian data dan automasi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

MOSTI, PCCCI Bekerjasama Wujud Ekosistem Inovatif Bantu PKS Dan Syarikat Pemula

IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) bagi membangunkan ekosistem inovatif untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula meningkatkan daya saing masing-masing.

Cape EMS Kembali Catat Untung, Manfaat Pusat Data Johor Untuk Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Cape EMS Bhd akan mengutamakan keuntungan yang konsisten dan pelaksanaan berdisiplin dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang di bawah pelan hala tuju transformasi strategiknya, CEB 2.0.

NIMP 2030 Integrasi Penanda Aras Berkualiti Terhadap Penciptaan Pekerjaan Bernilai Tambah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 mengintegrasikan penanda aras kualiti yang jelas dengan memfokuskan semula sasaran pekerjaan kepada penciptaan pekerjaan bernilai tambah yang lebih tinggi, kata seorang ahli ekonomi.