9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) komited menyediakan US$24.3 bilion (US$1 = RM4.39) daripada sumbernya sendiri tahun lepas selain US$14.9 bilion dari segi pembiayaan bersama dengan rakan kongsinya dalam menangani pelbagai cabaran pembangunan yang kompleks di Asia Pasifik.
9bulan ago
PASIR GUDANG, 24 April (Bernama) -- Pelabur langsung asing (FDI) kekal sebagai sumber utama pelaburan di Johor apabila menyumbang lebih kurang 80 peratus daripada RM23 bilion pelaburan dalam perancangan bagi April.
9bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 24 April (Bernama) -- Malaysia berpotensi kukuh menjadi pemangkin serantau dalam inovasi semikonduktor dan ketersambungan infrastruktur, menawarkan laluan masuk (gateway) strategik untuk integrasi ekonomi ASEAN-China dipertingkatkan.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini disokong oleh jangkaan permintaan eksport minyak sawit yang lebih kukuh dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ferrotec Holdings Corporation, sebuah syarikat pembekal global dalam bahan termaju, komponen dan penyelesaian sistem berketepatan tinggi melancarkan kemudahan pembuatan berteknologi tinggi yang kedua di Kulim, Kedah, dengan pelaburan hampir RM1 bilion (US$226 juta).
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Duti dikenakan terhadap solar dari Asia Tenggara oleh Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai implikasi besar ke atas pangkalan pembuatan di seluruh rantau ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata pedagang minyak sawit, David Ng.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Malaysia berusaha ke arah ekonomi lestari dan dipacu inovasi dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) di antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd (CCE) dengan Oasis Xtract Sdn Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zhejiang Jingxing Paper Joint Stock Co. Ltd, Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd komited menyediakan RM1.9 bilion bagi pengembangan fasa kedua operasinya di Banting, Selangor.