Terdapat 978 berita berdasarkan kata kunci carian "ihh"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau, apabila pelabur terus membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter utiliti.

Bursa Dibuka Dengan Catat Sedikit Perubahan Dalam Sentimen Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat sedikit perubahan hari ini dalam dagangan yang tidak menentu, di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di Wall Street menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) yang dijangka pada lewat minggu ini.

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.

Bursa Malaysia Kekal Mengukuh Pada Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Selasa, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui produk dan perkhidmatan pengguna, produk dan perkhidmatan perindustrian selain perladangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalamaan Wall Street.

Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi sedikit pada tengah hari ini berikutan kenaikan dalam saham perladangan yang membantu mengimbangi tekanan jualan dalam sektor kewangan.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Untung Bersih IHH Healthcare Naik Kepada RM534.0 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd meningkat kepada RM534.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM532.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, dirangsang oleh permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti dan pertumbuhan dalam hasil.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Kemudiannya Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis sebelum bertukar rendah berikutan kekurangan pemangkin ketika Wall Street mencatat prestasi lemah di tengah-tengah data inflasi yang tinggi dan perdagangan yang lebih perlahan menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Saham Wajaran Tinggi Sokong Indeks Kekal Pada Paras 1,600 Mata

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.

IHH, Petronas Dagangan Dorong FBM KLCI Kekal Di Atas Paras 1,600

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IHH dan Petronas Dagangan terus menyokong indeks utama Bursa Malaysia di atas paras 1,600 semasa akhir dagangan sesi pagi pada Selasa, walaupun dalam keadaan penjualan saham bermodal sederhana yang menyebabkan keseluruhan pasaran tidak menentu.