1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Langkah penyasaran rasionalisasi subsidi diesel bermula Jun lepas bukan penyebab utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan yang menyebabkan kejatuhan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Julai 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Potensi pelaburan yang dijana semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan meliputi sektor kimia, automotif termasuk kenderaan elektrik (EV), logam untuk kegunaan EV, biofarmaseutikal serta teknologi hijau seperti hidrogen dan ammonia hijau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengeluar produk aluminium, Winstar Capital Bhd (Winstar Capital) yang bakal disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 19 Dis, 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
1tahun ago
SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan akan memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun depan dengan kedua-dua negara komited untuk mempercepat sebarang rundingan yang tertangguh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia kekal positif pada September 2024, mencatat pertumbuhan tahunan 1.8 peratus untuk mencapai 111.5 mata berbanding 109.5 mata pada bulan yang sama setahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum minggu lepas dengan dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik berikutan pelabur terus meletakkan kepercayaan pada strategi “beli kripto dan dolar” susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya.
1tahun ago
LABUAN, 23 Nov (Bernama) -- Semangat keusahawanan di Wilayah Persekutuan Labuan terus pesat berkembang apabila perniagaan makanan tempatan semakin mendapat sambutan, didorong oleh sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- CKD Corporation hari ini melancarkan pembinaan fasiliti pembuatan tercanggihnya di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, menandakan peristiwa penting dalam pembangunan perindustrian Malaysia.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 21 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang digesa melaksanakan aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembangunan teknologi dan inovasi produk baharu yang memperkenalkan ciri atau teknologi menarik, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ekosistem yang kukuh berteraskan industri di China menjadi satu daripada faktor utama menarik perniagaan Malaysia memasuki pasaran negara itu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan mereka.