Terdapat 1128 berita berdasarkan kata kunci carian " keyakinan"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.

Industri Automotif Malaysia Capai Rekod Jualan 816,747 Unit Pada 2024

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod  jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Lawatan PM Anwar Ke UK Berjaya Tarik Potensi Pelaburan Bernilai RM11 Bilion

LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Pakar Ekonomi : KDNK Malaysia 2024 Dijangka Melangkaui Anggaran Pada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.  

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi bursa serantau, apabila aktiviti buruan saham pada harga rendah meningkatkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) selepas mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan beberapa hari lepas.

Sektor Teknologi, Tenaga Boleh Baharu Akan Takrifkan Pasaran IPO Malaysia 2025 - Moomoo Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Beberapa trend dalam sektor teknologi dan tenaga boleh baharu dijangka mentakrifkan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia pada 2025, kata Moomoo Securities Malaysia Sdn Bhd (Moomoo Malaysia).

Sektor Kewangan Terima 2.3 Juta Aduan Sejak Lima Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.

Pasaran Modal Malaysia RM4 Trilion Pacu Pertumbuhan Perniagaan Dan Pelabur - Wahid Omar

Oleh D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Ekuiti dan pasaran modal hutang Malaysia berjumlah RM4 trilion berada pada kedudukan baik untuk menyokong pertumbuhan negara, membolehkan perniagaan dan pelabur mendapat faedah daripada peluang baharu yang muncul, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar hari ini.

JS-SEZ Mampu Jadi Platform, Pintu Masuk Pelaburan Asia Tenggara - Exco

ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Kerajaan Johor komited dalam menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dilihat mampu menjadi platform atau pintu masuk pelaburan di Asia Tenggara.