Terdapat 1034 berita berdasarkan kata kunci carian " dolar as"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan mata wang itu terus meningkat menjelang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini dan penerbitan data inflasi AS esok, kata seorang ahli ekonomi. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kekukuhan dolar AS selain penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.  

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Jualan Saat-saat Akhir

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, kembali meningkat berikutan prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh penyusutan sementara pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas lonjakan yang dipacu oleh pilihan raya, kata penganalisis.

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM19.67 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar As Berikutan Ketidaktentuan Global Meningkat

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini dengan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan ekonomi global, kata ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Keyakinan Pasaran

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Kadar Fed

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka pada paras 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi prestasi dolar AS yang kukuh, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh penurunan rizab antarabangsa Malaysia, kata pakar ekonomi.

Potensi Eksport Malaysia, Aliran Masuk FDI Dijangka Lebih Cerah Dengan Kemenangan Trump

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.