BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nanm Dinh FC 1-1 JDT | 

Terdapat 1525 berita berdasarkan kata kunci carian "pengeluaran"

Fibromat Sasar Raih RM17.8 Juta Hasil IPO Di Pasaran ACE

PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Paras Stok Minyak Sawit Dijangka Meningkat Lagi Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Paras stok minyak sawit dijangka meningkat lagi pada April 2025 susulan harga minyak mentah yang rendah, ketiadaan permintaan yang didorong oleh perayaan dan corak kitaran semula jadi.

Penangguhan Tarif: SAMENTA Gesa PKS Tidak Terlalu Bergantung Pada Pasaran Tunggal

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar tidak terlalu bergantung hanya pada satu pasaran susulan penangguhan 90 hari tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik 1.5 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Februari 2025 mencatat pertumbuhan 1.5 peratus, dipacu oleh peningkatan output sektor pembuatan yang tumbuh pada 4.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

LuMIC Dijangka Tarik Pelaburan RM72 Bilion, Wujudkan 50,000 Pekerjaan Menjelang 2050

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Perak dijangka menarik pelaburan sebanyak RM72 bilion dan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 25 tahun akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Hibiscus Petroleum Raih Pendapatan RM2.7 Bilion Tahun Lepas, Fokus Pertumbuhan Masa Depan

KOTA BHARU, 10 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.7 bilion tahun lepas dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melebihi RM1 bilion bagi tahun ketiga berturut-turut.

Airbus, AMIC Bekerjasama Kaji Rantaian Bekalan SAF Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Airbus dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC)  memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dan teknologi bagi meneliti rantaian bekalan bahan api penerbangan mampan (SAF) di serata Asia Pasifik.

Petronas, Petrovietnam Meterai 20 Tahun PSC, Lanjutan UGSA Untuk PM3 CAA

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui Malaysia Petroleum Management (MPM) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) memeterai perjanjian prinsip utama (KPA) untuk melanjutkan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) dan perjanjian jual beli gas huluan (UGSA).

Eksport Minyak Sawit Naik 0.91 Peratus Pada Mac - MPOB

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia meningkat 0.91 peratus pada Mac 2025 kepada 1.00 juta tan berbanding 996,460 tan pada Februari, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Unit Hibiscus Petroleum Raih Lanjutan 20 Tahun Kontrak PM3 CAA

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Hibiscus Petroleum Bhd, Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd. dan Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd. (HML PM3) memeterai perjanjian prinsip utama dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (PetroVietnam).

Cuckoo International Tangguh Penyenaraian Sehingga Jun

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Cuckoo International (MAL) Bhd (Cuckoo Malaysia) sedang menjadualkan semula jadual tawaran awam permulaannya (IPO) di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan ketidakstabilan pasaran global semasa.

Moody’s: Malaysia Mungkin Peroleh Bahagian Pasaran Ekoran Tarif AS Jejas Perdagangan APAC

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tarif secara meluas akan memberi kesan negatif terhadap kredit di rantau Asia Pasifik, tetapi negara yang dikenakan tarif rendah akan mendapat kelebihan, menurut Moody's Ratings.