1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara sejajar dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mengemukakan cadangan untuk membeli dua aset hospitaliti di Kuala Lumpur iaitu Banyan Tree Kuala Lumpur (BTKL) dan Pavilion Hotel KL (PHKL) pada harga RM480 juta.
1tahun ago
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 5 Dis (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menggesa syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dan perniagaan utama Indonesia memanfaatkan kepakaran kolektif mereka untuk mewujudkan masa depan lebih cerah dalam industri minyak sawit sebagai pemacu ekonomi dan model untuk pembangunan mampan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Produk pembungkusan terbiodegradasi daripada sisa jerami padi yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Bioeconomy Corporation dan syarikat BioNexus, Free The Seed Sdn Bhd diunjur mencecah nilai pasaran RM60 juta mulai 2025.
1tahun ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Malaysia dapat memanfaatkan infrastruktur digitalnya yang matang serta tenaga kerja mahir untuk muncul sebagai titik tumpuan bagi ibu pejabat serantau syarikat multinasional (MNC) serta perkhidmatan dan pembuatan berkemahiran tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan belum berhasrat memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Kewangan (MoF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi kenderaan elektrik (EV), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengimbangi usaha mengukuhkan kedudukan kewangan supaya lebih mampan dan pada masa sama memastikan dasar fiskal tetap menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM).
1tahun ago
SEPANG, 2 Dis (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menganjurkan Sidang Kemuncak Ejen dan Pemimpin Takaful 2024 (TLAS 2024), mengukuhkan peranan penting Takaful dalam sektor kewangan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- AEON Co (M) Bhd melancarkan Program Pembekal #AEONResponsible untuk membantu pembekal meningkatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka melalui sumber, pembinaan kapasiti dan insentif kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd (Northport) mengumumkan perubahan jawatan dan pelantikan tiga pemimpin kanannya termasuk Fakhrul Azhar Tajudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Dis, 2024.