8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menganggap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) blok itu dengan Malaysia yang sedang diusahakan, sebagai tonggak dalam perluasan strateginya untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan geopolitik di negara-negara ASEAN.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM222.46 juta daripada RM204.51 juta pada suku yang sama tahun lepas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- AIROD Sdn Bhd, syarikat kejuruteraan aeroangkasa terkemuka Malaysia memeterai perjanjian usaha sama dengan Satys Aircraft Painting untuk meningkatkan keupayaan sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Malaysia, terutama dalam bidang kemasan luaran dan pengecatan pesawat.
8bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 8 Mei (Bernama) — China telah menyatakan sokongannya terhadap Malaysia selaku pengerusi ASEAN, menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-China-Teluk (GCC) akan datang, sekali gus mengesahkan komitmen bersama negara-negara serantau ke arah kerjasama terbuka dan saling bermanfaat.
8bulan ago
SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Marubeni Corporation (Marubeni) dari Jepun melihat kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara sebagai sangat sesuai bagi pembangunan industri penerbangan serantau.
8bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 8 Mei (Bernama) -- Kelancaran perjalanan udara global bertukar menjadi kelam-kabut pada pagi Rabu susulan tindakan drastik syarikat penerbangan dunia membatalkan perkhidmatan selain melencongkan laluan yang merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah selepas penutupan ruang udara Pakistan.
8bulan ago
SERDANG, 8 Mei (Bernama) — Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik langkah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengkaji semula peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) memandangkan kejelasan dan konsistensi dalam dasar teknologi penting bagi inovasi global, daya tahan rantaian bekalan dan pertumbuhan yang menyeluruh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- NTT DATA Payment Services kini melancarkan ADAPTIS, rangkaian solusi pembayaran bersepadu dan pelbagai yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan moden yang berkembang maju.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Bahrain komited untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang ekonomi digital dan teknologi hijau.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap peningkatan pengeluaran dan tahap simpanan stok.