BERITA TERKINI   PM Anwar minta RUU had tempoh jawatan PM kepada dua penggal diluluskan segera di Parlimen | 

Terdapat 1282 berita berdasarkan kata kunci carian " dana "

IPO Colform Group Terlebih Langgan 41.82 Kali

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Colform Group Bhd yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia, merangkumi 30 juta saham baharu pada 36 sen setiap satu, telah terlebih langgan sebanyak 41.82 kali.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Dagangan Lengang

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah negatif hari ini disebabkan dagangan lemah yang disaksikan di seluruh papan menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina (CNY), kata seorang penganalisis.

Anak Syarikat MMAG Beli Pesawat Boeing Kedua Berharga RM29.12 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd membeli pesawat Boeing B737-400SF kedua dengan harga US$6.55 juta (RM29.12 juta) bagi perniagaan pengangkutan udaranya.

IPO : Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE, ES Sunlogy Sasar Kumpul RM42 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, menyasarkan untuk mengumpulkan sejumlah RM42 juta menerusi langkah tawaran awam permulaannya (IPO).

Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2024 Bursa Malaysia Meningkat Kepada RM310.12 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pengukuhan pasaran sekuriti dan derivatif serta prestasi perniagaan data.

Institusi Tempatan Sokong Bursa Malaysia Untuk Minggu Ke-14

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan sokongan mereka kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-14 berturut-turut, mencatatkan belian bersih sebanyak RM551.6 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody’s terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia, kata penganalisis.  

Kadar Faedah AS Diumum Minggu Depan, Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa  Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 28-29 Januari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini berikutan pelabur bersiap sedia dengan jadual dagangan singkat minggu depan, kata seorang penganalisis.

RMK13: Insentif Berasaskan Dasar, Pacu Perubahan Ekonomi Tingkah Laku - Rafizi

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.

DSG Group Dari New Zealand Mahu Bekerjasama Dengan Malaysia Untuk Memajukan Kewangan Digital

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- DSG Group berpangkalan di New Zealand, peneraju global dalam tokenisasi sekuriti dan kemudahan modal rentas sempadan telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan matlamat kewangan digital negara.