BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi KL perintahkan Najib membela diri atas semua 21 tuduhan pengubahan wang haram libatkan dana 1MDB | Polis temui semula wang tebusan berjumlah RM7.2 juta dibayar keluarga ahli perniagaan diculik - Pengarah JSJ Mohd Shuhaily | Mahkamah Tinggi KL perintahkan Najib membela diri atas semua empat tuduhan rasuah libatkan RM2.3 bilion dana 1MDB | :Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati semua 25 tuduhan terhadap Najib yang melibatkan RM2.3 bilion dana 1MDB, adalah sah dan betul dari segi undang-undang. | 

Terdapat 1158 berita berdasarkan kata kunci carian ""

SME Corp Berjaya Lahirkan Lebih 700 Usahawan PMKS Penerima Anugerah E50

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- SME Corp Malaysia telah melahirkan 763 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berupaya mencapai tanda aras kualiti tinggi sekali gus berjaya meraih Anugerah Enterprise 50 (E50).

Forum Ekonomi Belia Sedia Platform Belia Bina Negara

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Forum Ekonomi Belia (YEF) 2024, yang mengumpulkan lebih 1,200 delegasi hari ini, menyediakan platform kepada profesional muda, universiti dan pelajar kolej untuk terlibat dalam perbincangan tentang landskap ekonomi Malaysia yang sedang berkembang, memfokuskan kepada ekonomi digital dan hijau, serta pembangunan bakat.

Kerajaan Pastikan Belia Peroleh Akses Pekerjaan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memastikan belia memperoleh akses kepada pekerjaan yang sepadan dengan latihan mereka dan tiada wilayah yang terpinggir daripada mendapat pendedahan digital.

Belanjawan 2025: MITI Seru Syarikat Malaysia Teroka Peluang Di Ethiopia

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia diseru untuk meneroka peluang perniagaan baharu di Ethiopia, dengan mengambil kesempatan daripada peruntukan RM40 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

BMS 2024 Galakkan Amalan Menabung

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM19 bilion jumlah deposit daripada produk Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.61 juta setakat 30 Sept lepas.

Lebih 18,000 Usahawan Selangor Terima Pembiayaan Berjumlah RM1.1 Bilion - Ramanan

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Sebanyak 18,116 usahawan di Selangor menerima pembiayaan berjumlah RM1.1 bilion daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dari Januari hingga Ogos tahun ini untuk mengembangkan perniagaan dan daya saing mereka.

PMKS Malaysia Harus Diperkasakan Dengan AI, Teknologi Digital – Gobind

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu diperkasakan agar dapat memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, menurut Kementerian Digital.

Malaysia Perlu Siap Siaga, Ada Semua Penampan Hadapi Perubahan Persekitaran Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Amphenol Buka Kemudahan Baharu Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Amphenol DC Electronics Malaysia Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan global membuka kemudahan baharu seluas 70,000 kaki persegi di Pulau Pinang, dan akan membuka fasa kedua tambahan 60,000 kaki persegi.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia Boleh Majukan Inisiatif Karbon Di Rantau Ini

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

AME Development Diiktiraf Sebagai Pemaju Terbaik Di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2024

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- AME Development Sdn Bhd diiktiraf sebagai Pemaju Terbaik pada majlis Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2024 ke-19 pada Jumaat.

Proton e.MAS 7 Dibuka Untuk Tempahan, Berharga Mulai RM120,000

Oleh Muhamad Amir Aiman Azlan

SHAH ALAM, 26 Okt (Bernama) -- Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.