Terdapat 3072 berita berdasarkan kata kunci carian " bank"

SEDA Malaysia Promosikan Kemajuan Ekosistem Biotenaga Negara Menjelang ISES 2026

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) hari ini menganjurkan Forum Awal Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2026, sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang ISES 2026 edisi ketujuh.

Ringgit Kekal Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Selasa, ditutup pada paras 4.08 berbanding dolar AS menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Untuk Sesi Keempat Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan prestasi positif dengan ditutup tinggi untuk sesi keempat berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran tempatan yang lebih baik berikutan asas makroekonomi domestik yang kukuh.

Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri dagangan sesi pagi, mengatasi pasaran serantau susulan ringgit yang lebih kukuh.

Ringgit Dibuka Tinggi Pada 4.08 Berbanding Dolar AS, Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi pada paras 4.08 berbanding dolar AS pada pada Selasa, menandakan prestasi paling kukuh dalam tempoh hampir lima tahun, apabila keyakinan yang bertambah baik dalam ekonomi Malaysia memacu permintaan terhadap mata wang tempatan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street. 

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat Ke Paras Tertinggi Dalam Masa 14 Bulan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan peningkatan hari ini, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, melepasi paras yang tinggi direkodkan sebelumnya pada 1,642.54 pada 22 Okt 2024 , disokong oleh aktiviti pembelian menyeluruh daripada pelabur institusi tempatan.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, selepas berlegar menghampiri paras 4.09 minggu lepas, dalam persekitaran sentimen pelabur yang kekal optimis namun berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama AS.

Harga Emas Kukuh Lonjak Untung Bersih Suku Pertama Poh Kong Kepada RM39.6 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Poh Kong Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun kewangan 2026, berakhir 31 Okt, 2025 (S1 TK2026) kepada RM39.61 juta daripada RM21.34 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pengukuhan ringgit yang berterusan, meningkatkan sentimen pelabur.

Halogen Capital Lengkapkan Pusingan Pembiayaan RM13.3 Juta, Kenanga IB Pegang 14.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Halogen Capital Sdn Bhd melengkapkan pusingan pembiayaan RM13.3 juta (US$3.2 juta) dengan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) muncul sebagai pemegang saham institusi terbesar serta memegang 14.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Pelabur Asing Terus Catat Belian Bersih Di Pasaran Asia

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan aliran belian bersih mereka di pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut bagi minggu berakhir 12 Dis 2025, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak US$949.8 juta.