Terdapat 290 berita berdasarkan kata kunci carian " iran"

CMP Untuk Tingkat Kerancakan Pasaran Modal Malaysia - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) optimis terhadap Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026–2030 dengan menyifatkan pelan tindakan berkenaan berpotensi meningkatkan kerancakan pasaran modal Malaysia.

FMM Cadang Wujudkan Pasukan Khas Tangani Krisis Eksport Susulan Gangguan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mencadangkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Krisis Eksport bagi menangani kesan konflik Iran-Amerika Syarikat-Israel serta gangguan di Selat Hormuz terhadap eksport pembuatan dan perdagangan maritim negara.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Pemulihan Wall Street Sokong Sentimen Pasaran

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki pemulihan di Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa konflik dengan Iran mungkin berakhir tidak lama lagi.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Pasaran Lebih Positif

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa, disokong sentimen risiko yang semakin baik, walaupun pasaran global kekal berhati-hati susulan konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis.

Ringgit Susut Susulan Lonjakan Harga Minyak Mentah, Perang Di Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelompok mata wang utama lain pada Isnin, diasak risiko geopolitik yang memuncak dan mengukuhkan dolar berkenaan selain lonjakan harga minyak mentah Brent.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau, Harga Minyak

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berdaya Tahan Mendepani Risiko Selat Hormuz - Public IB

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan peningkatan harga eksport berbanding harga import.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.

Pertumbuhan Teguh 2025 Dorong Malaysia Perkukuh Prestasi Suku Pertama 2026 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Prestasi ekonomi Malaysia tahun lepas yang merekodkan pertumbuhan 5.2 peratus, dijangka menjadi penampan negara daripada ketidaktentuan ekonomi global dan mengukuhkan prestasi pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 4.0-4.5 Peratus Pada 2026 Di Tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 9 Mac  (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dijangka kekal antara 4.0 hingga 4.5 peratus meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, kata Timbalan Menteri Ekonomi Mohd Shahar Abdullah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah berikutan sentimen terjejas oleh lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$105 setong.

Ringgit Dibuka Rendah, Lonjakan Harga Minyak Sokong Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan langkah mengelak risiko yang meningkat mengukuhkan mata wang itu selepas harga minyak mentah Brent melonjak 15.5 peratus kepada US$107.04 setong, kata penganalisis.