19hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila sentimen pasaran melemah berikutan pelarasan dasar tarif timbal balik terbaharu oleh AS, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) esok berikutan persekitaran ekonomi negara yang menggalakkan.
19hari ago
GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- AirAsia sedang giat meneroka peluang untuk meningkatkan ketersambungan penerbangan ke dan dari Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan wilayahnya yang berterusan, sekali gus mengesahkan komitmennya untuk mengukuhkan kebolehcapaian serantau.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar kerajaan mempergiat usaha diplomasi dan tindak balas dasar berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif menyeluruh 25 peratus ke atas eksport Malaysia.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) ke-27 & Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober, 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
19hari ago
GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu meneruskan libat urus dengan Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan kadar tarif lebih rendah susulan tindakan Washington mengenakan tarif balas 25 peratus ke atas eksport Malaysia.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan sentimen pasaran menjadi lebih berhati-hati susulan pelarasan dasar tarif balas terkini AS, yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2025, kata penganalisis.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.
19hari ago
RIO DE JANEIRO, 8 Julai (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Malaysia komited memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara BRICS, terutamanya dengan potensi besar kecerdasan buatan (AI) yang perlu dimanfaatkan untuk pembangunan inklusif.
20hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, namun diniagakan kukuh berbanding mata wang utama, berikutan peniaga dan pelabur sedang memantau perkembangan tarif baharu AS, kata seorang penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Situasi ekonomi global dijangka perlahan pada separuh kedua 2025 berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap rakan dagang menjejaskan pelbagai pemain ekonomi, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).