2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu ini disokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, April 17 (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila pelabur kekal dengan sentimen berhati-hati dalam keadaan ketidaktpastian ekonomi yang berterusan berkaitan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.
3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut sebanyak 0.97 peratus susulan jualan berterusan merentasi pelbagai sektor membebankan pasaran yang terus merasai kesan daripada kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan minggu dagangan yang singkat, berlegar sekitar julat 1,505-1,515.