BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka 0-0 Selangor | Liga Super: Sabah 1-1 Negeri Sembilan | 

Terdapat 92 berita berdasarkan kata kunci carian " harga rujukan"

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Saham Pertama Digital

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Jualan Singkat Harian (IDSS) saham Pertama Digital Bhd digantung  sekali lagi bagi tempoh dagangan hari ini selepas harga terakhir bagi sekuriti yang diluluskan itu merosot lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki prestasi Wall Street ketika sentimen beralih menjadi berhati-hati di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarkat (AS) serta harga minyak mentah, kata penganalisis.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat terhad dengan kecenderungan meningkat, berikutan kebimbangan berterusan perubahan iklim yang lebih ekstrem disebabkan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangkakan, kata pakar industri Denis Low.

Pertama Digital Beri Jaminan Syarikat Kekal Kukuh, Catat Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pertama Digital Bhd hari ini memberi jaminan kepada para pemegang sahamnya bahawa syarikat itu kekal kukuh dan berada dalam kedudukan untuk mencatat pertumbuhan walaupun harga sahamnya susut mendadak.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.

Pasaran Getah Tempatan Dijangka Diniagakan Seimbang Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan seimbang dengan dinamik permintaan dan penawaran mengimbangi antara satu sama lain memandangkan aktiviti perdagangan akan terhad pada tahap tertentu berikutan cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata pakar industri Denis Low.

Cuaca Buruk Dijangka Pacu Pasaran Getah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.

Prestasi Serantau, Pengukuhan Ringgit Jejas Pasaran Getah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan Jumaat susulan peningkatan ketara pada sesi sebelum ini selain dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau, kata peniaga.