BERITA TERKINI   Malaysia berisiko berdepan krisis kesihatan, fiskal dan sosial serentak jika cabaran penuaan tidak ditangani secara menyeluruh - Dzulkefly | Malaysia dijangka capai status negara menua menjelang 2036 dengan kadar penuaan antara terpantas di dunia - Dzulkefly | NHMS 2025: Hanya 14.7 peratus warga emas di Malaysia capai penuaan sejahtera, mencerminkan cabaran kesihatan semakin kompleks - Dzulkefly | Eksport suku pertama 2026 Malaysia naik 12.7 peratus kepada RM426.53 bilion, nilai suku tahunan kedua tertinggi direkodkan, import meningkat 7.7 peratus kepada RM363.31 bilion, hasilkan RM63.22 bilion lebihan dagangan - MITI | Perdagangan Malaysia kekal pada trajektori pengembangan pada suku pertama 2026, meningkat 10.4 peratus kepada RM789.85 bilion berbanding tempoh sama tahun 2025, meskipun berdepan ketidaktentuan global - MITI | 

Terdapat 90 berita berdasarkan kata kunci carian " jerome powell"

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Kebanyakannya

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Selasa berikutan risiko geopolitik di Timur Tengah dan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan ketara baru-baru ini, sejajar dengan mata wang serantau lain, apabila AS memberi isyarat pengurangan kadar faedah yang lebih rendah pada masa depan.

Aktiviti Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila dibuka rendah hari ini dengan aktiviti jualan sederhana membabitkan kaunter perladangan selain produk dan perkhidmatan pengguna, kata penganalisis.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, didorong oleh jangkaan Washington akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China baru-baru ini yang berkurangan memindahkan tumpuan pelabur kepada langkah-langkah rangsangan fiskal yang berpotensi, kata penganalisis.

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.