Terdapat 1205 berita berdasarkan kata kunci carian " jualan"

FBM KLCI Akan Capai Paras 1,700 Pada Akhir Tahun Jika Sektor Perbankan Positif - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd percaya FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih boleh mencapai paras 1,700 pada akhir tahun ini, jika terdapat pergerakan harga yang positif dalam sektor perbankan dan kaunter tertentu.

Prinsip Asas HGTV Diselaras Dengan Penambahbaikan Akta Percukaian Sedia Ada - Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Walaupun cukai bernilai tinggi (HVGT) tidak diteruskan, bagaimanapun prinsip asas cukai berkenaan disemak semula dan diselaraskan dengan penambahbaikan akta percukaian sedia ada melalui kadar semakan semua kadar cukai jualan dan perluasan skop cukai perkhidmatan (SST), berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025, kata Kementerian Kewangan.

735 Juta E-Invois Dikeluarkan Oleh 108,000 Pembayar Cukai Setakat 21 Nov - Lim

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 735 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 108,000 pembayar cukai setakat tempoh 21 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Aliran Keluar Dana Asing Di Pasaran Asia Cecah US$6.73 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia bagi minggu berakhir 21 November 2025 dengan aliran keluar dana asing berjumlah US$6.73 bilion atau meningkat kira-kira 1.9 kali berbanding minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

Program Agromarketing Masterclass 2025 FAMA Bersama TikTok Shop Catat Jualan RM12 Juta

KUALA LUMPUR,  23 Nov (Bernama) -- Program Agromarketing Masterclass TikTok Shop Edition (AMTTSE) 2025 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan TikTok Shop mencatat nilai jualan RM12 juta, peningkatan hampir dua kali ganda.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Trend Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, menunjukkan prestasi lemah di bursa serantau berikutan jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman telah menjejaskan sentimen pelabur.

Unjuran Inflasi 2025 Turun Kepada 1.4 Peratus, Dijangka Capai 1.8 Peratus Tahun Depan - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menurunkan unjuran inflasi 2025 kepada 1.4 peratus daripada 1.5 peratus (2024: 1.8 peratus), dipacu oleh kesan deflasi susulan pelaksanaan program subsidi bersasar petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

KKDW Sedang Sedia Kertas Kerja Program Tingkat Produktiviti Getah

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) sedang menyediakan kertas kerja berhubung pelaksanaan program peningkatan produktiviti getah yang bertujuan meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan kalangan pekebun kecil. 

Untung Suku Ketiga Press Metal Meningkat Susulan Harga Lebih Baik, Jumlah Jualan Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 meningkat kepada RM563.30 juta berbanding RM402.30 juta tahun sebelumnya.

Sektor Automotif Malaysia Tumbuh 5.0 Peratus Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sektor automotif Malaysia dijangka mencatat kenaikan 5.0 peratus dalam jumlah jualan suku ke suku pada suku keempat 2025 (S4 2025), kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Sime Darby Property Yakin Capai Sasaran Jualan RM3.6 Bilion Dan GDV RM4 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan RM3.6 bilion dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dalam pelancaran sebanyak RM4 bilion untuk tahun kewangan 2025.